Saturday 9 February 2013

Kembali ke bumi Chendering,Terengganu (part 1)

Assalamualaikumm..Hola hola.!

Hari ni dah kira cukup seminggu atin tinggalkan lawatan atin ke bumi Terengganu minggu lepas. Lahai rindu sangat ase padahal baru je kan. Setiap perkara yang berlaku pada minggu lepas masih segar lagi dalam ingatan ni. Tujuan utama yang pegi tu sebab nak buat clearence untuk diploma ni. Tak sangka dah abis dah sisa-sisa hidup di bumi Chendering. 

(Jumaat, 1 Feb 2013)
Atin, Nadiah ngan Fifah bertolak dari Kuala Ketil pkul 10.30 malam camtu la. Naik bas bukanye boleh tido pon kan. Main-main pejam je mata tu.  

(Sabtu, 2 Fen 2013)
Alhamdulillah sampai KT lebih kurang pkol 5 pagi. Allah je yang tau betapa happynye dapat jejak kaki kat stesen bas KT. Dah tu tunggu kejap, Kirah ngan Ain sampai. Dalam pukul 6 lebih tu kitaorang selamat sampai ke kolej dengan prebet tercinta abang sabri..hehe Then, kitaorang rehat-rehat la sementara yang lain sampai. Dalam pukul 9 lebih tu, Syasha sampai, pastu Kinah then Eyka n Najwa(cozin si Eyka). Hah bila dah boleh berkumpul tu banyak la gosip yang kuarnye. Happy gile dapat jumpe dorang. Terubat la rindu 5 bulan lebih tak jumpe tu kan..

Dah tu bermulalah kenangan bersama diorang. Petang tu, kitaorang kuar la jalan-jalan menikmati bumi Terengganu. Atin ngan Nadiah drive. 1st tempat yang kami pegi stesen bas, beli tiket balik lah. Takkan nak dok ganu sampai raya cina pulak kan. hehe Ok dah selesai hal tiket-tiket ni, kami pegi tempat wajib iaitu Pasar Payang. Kat situ kitaorang pegi melawat batik-batik, borong kerepok keping n other souvenir untuk family lah. Dah penat bejalan kat pasar payang, kami pegi kedai keropok lekor abang Yue kat losong. Kedai dia betul-betul depan muzium tganu. tapi kami tak pegi la muzium sebab dah lewat dah time tu. 

Ha sempat take a picture lagi hah.! hehe

Hah dah sudah isi perut dengan kepok lekorrr, kami terbang ke Pantai Batu Buruk. Wahh rindu bau lautt.! Suke suke suke dapat main-main air laut. Cantik sangat suasana hari tu. Terima kasih Allah sebab sediakan hari yang indah dan tak ujan hari tu :) Ha macam biasa lah dah ade kat tempat cantik, snap gambar banyak-banyak..hehe










Enjoy habislah kan. Muke sume ceria je. Dah penat posing-pozing, kitaorang g tempat favourite budak-budak UiTM Chendering. Ce teke,ce teke kat mane.?? Mydin n Giant.!! haha saje je pegi lepaskan rindu kat tmpat favourite. Bile rindu dah lepas, balik lah sebab penat kan. 

Dah sampai depan kolej tu, Eyka ajak melawat bilik printing. Ha memang tak tolak la kan. Pegi tu jumpa la ex-romate yang comel, Mas ngan Mai and junior-junior lain.. Wah dapat hug and kiss lepas rindu. Seriusly, dok umah ni, Mas je yang rajin col. So rindu nak jumpe n story morey tu wajiblah ade kan. Tapi mase tu kebetulan miss Yana yang cute pon ade so tak nak lah ganggu dorang buat keje kan. 

Balik bilik tu, lepas mandi, solat and rehat jap. Masa untuk buat surprise..!! hehe Atin pegi bilik Sya and Jue, pastu bilik Wani. Sumpah rasa macam nak nangis jumpe dorang. Rindu sangat-sangat.! tapi air mata mahal la pulak malam tu ngade tak nak kuarkan..huhu Banyak la jugak story yang kuar. Lama jugak dok bilik Wani,Dibah dalam 2 jam camtu. Pstu pegi bilik Mas ngan Mai pulak, Wani ngan Dibah temankan. Masa pegi tu Mai baru on the way tido, dok atas katil dah ha. Mas pulak dah tido. Ingat tak nak ganggu tapi wani kejutkan. Ha bile dah bangun, sembang punye sembang, sampai pkul 2 lebih baru balik bilik tido..Seriusly tak cukup 2jam tu nak sembang tapi nak buat macam mana. Dah pegi sekejap je, dapat sembang pon kejap je lah.  Tak sempat nak snap pic ngan dorang sebab masa tu dah malam so sume pon pakai baju tido yang comel je. Ingat sempat nak snap pic keesokkan harinya tapi tak sempat :( . 

Balik bilik tu tak penat langsung. Ase macam tak nak tido je tapi kaki dah lenguh kalau nak bejalan and melawat orang. Lagipon dah pukul 2/3 pagi. Sape la nak bangun sembang time-time camtu kan. Tidolah jugak . Simpan tenaga untuk hari esok yang sudah tau amat memenatkan tapi menggumbirakan :)

No comments:

Post a Comment