Wednesday 20 February 2013

Kembali ke bumi Chendering, Terengganu (part 2)

Assalamualaikumm. 
Ha lamanya lah nak dpat sambung story morey pasal g ganu 2mnggu lps..
OMG dah 2mggu lebih dah tingglkan bumi itu? *baru sedar..ngee
Ok-ok kita sambung ye..

(Ahad, 3 Feb 2013)
Ok bukak je mata nampak Kamsiah. waaehh kecohnye lah dia.. tapi sume tak bangun dan boleh pulak sambung tido kan. Pkol 6.30 lepas solat subuh tu, sembang-sembang,borak-borak..waa best gile.!
Dah tu iron baju. Dan bersiap-siaplah nak pegi buat clearence.

About 9.30am camtu, kami pon bertolak la ke kampus (bajet jauh je kann..hik2). Singgah Pejabat Kolej, settlekan pasal penempatan sementara tu pastu ke HEA. Mak aihh ramai la pulak kat HEA tu ha. Masing-masing busy nak ambil mini transkrip. Tak termasuk lagi senior yang datang nak buat clearence macam kitaorang ni kan. Sekali datang 9-10 orang mane tak penuh depan HEA tu kan.


Dah dapat borang tu, isi borang tu..Cenggini je borang nye..

#Ha amik kau diedit sampai nampak klasik gitu borangnye..


Then bermulalah berjalan untuk melengkapkan 4 tempat kosong untuk dicopkan.


Dah penat berjalan ulang alik, around 11.30am complete la borang yang ditandatangani dan dicop oleh  encik-encik UiTM Chendering yang terpilih..yeay.! Bila dok belek-belek kertas tu, baru perasan. Hanya kerana sekeping kertas ni, kami ni diberi peluang lagi sekali balik ke Uitm dan dapat jumpa dengan lecturer dan kawan-kawan yang lain. :) Mana taknye, sepanjang masa nak melengkapkan borang tu, ramai gila jumpa. Jumpa dengan junior-junior, kawan-kawan,lecturer. Happy sangat dapat jumpa. Walaupon sekejap, atleast dapat la jugak beborak kan. 

Dah settle tu, pegi la makan. Dorang je makan. Atin tak. Bukan taknak makan dengan dorang,tapi atin kan memang dah biasa tak makan tengahari awal. Selalunya pukul 2-3 baru la makan tengahari. Eh tengahari ke? hehe kire tengahari la ea.. 

Disebabkan atin tak makan, atin temankan Rizal borak-borak kat kafe. Dia pon datang nak buat clearence. Dia tau atin datang,sebab tu dia mesej and ajak jumpe. Sebenarnya, dia sepatutya buat dengan Syafiq tapi Syafiq lambat sampai sebab dari Dungun nak datang Chendering bukannye dekat. 2jam juga amik masa. So sementara tunggu Syafiq tu, atin pon teman la dia. Okay disebabkan atin sorang je yang teman dia, semua orang yang lalu kat kafe tu salah faham. Dah la dok situ beborak je tak makan, padahal dok dekat kafe ni, air segelas pon takde. Mula-mula ingat kejap je nak temankan dia tapi terlama la pulak. So banyak la jugak bercerita dengan dia. Dia la yang banyak bercerita. Atin dengar je. Pukul 12.30 macam tu, Syafiq datang. Sembang kejap dengan Syafiq, pastu atin minta diri nak jumpe dengan lecturer and kawan-kwan lain. 

Setelah ditinggalkan oleh member2 clearnce tadi, berjumpa la balik kat bilik tenun. Ditinggalnye kita,kot lah nak mesej cakap kitaorang g mane-mane.Takde.! ngee

#Posing skit kat bilik tenun..


Best sangat dapat masuk bilik tenun lagi sekali. Dulu, masuk tak ada rasa apa-apa pon..hehe Tunggu Puan Nani kat situ. Tak sempat nak amik gambar dengan Puan Nani sebab bateri kamera dah low. Mengada sangat.! 

Dah jumpa dengan Puan Nani tu, kami jumpa dengan Sir Faizul. Sebenarnya ramai lecturer yang takde klas ari ahad tu, tu yang dapat jumpa dengan 3orang je lecturer yang pernah mengajar. Yang lain mesej on fon and fb je lah. Berborak dengan Puan Nani, Sir Faizul, banyak jugak cite yang kuar and dorang tak lupa bagi nasihat,pesanan supaya buat yang terbaik pada masa hadapan. Ya Allah, terharu sangat. Dah abis tu, kitaorang pon balik bilik, rehat-rehat..

Dalam pukul 4 tu, atin kuar pegi kampus balik, jumpa dengan my lovely BFF, Farziani.! Sumpah happy gile jumpe dia. Niey dengan Fa. Aesyah tak dapat join sebab tak sihat. Jumpa kat kafe tapi dapat borak kejap je sebab dia ada kelas pukul 4.30. Rindu sangat nak sembang lama-lama. Tak puas rasa. tapi alhamdulillah sebab sempat jumpa dan borak walaupon sekejap. Pastu balik bilik balik. Rehat dan kemas-kemas barang. 

Ha pastu perut mula la mengada-ngada cari makanan. Tu la tak makan breakfast and tengahari, minum je, mane la tak lapar kan. Dah la penat berjalan. Lagipon dah janji dengan my junior, Hazman nak jumpa,so alang-alang jumpa tu, boleh le makan sekali. Dalam pejalanan nak jumpa dengan Man, jumpa Dibah. Borak la pulak kat depan pintu pagar kerawang tu ha. Then,ramai pulak yang jumpa dan berhenti sembang depan tu. Pastu Man mesej, dia tunggu kat bilik Printing. Masuk je bilik tu, nampak junior-junior lain tengah buat keje,. sembang pulak.. Pastu Mas dengan Mai datang. Yeay.! hehe Mas amik gambar atin dengan Mas and Man tapi belom selamat sampai lagi kat atin. Ingat nak masukkan kat blog tapi takpe la,nanti-nanti lah.

Pastu, kak Didiey call. Alhamdulillah sempat jumpa kak didiey dengan siti. Sekejap sangat jumpe tu, tak puas nak tenung kak Didiey n Siti. Dorang baru abis kelas, nampak penat sangat. Kesian dorang. Dorang ajak pegi pasar malam kat Permin tapi tak sempat la nak pegi, dah malam tu nak bertolak balik kan. Abis lepaskan rindu tu, atin pegi kafe makan dengan Man. Emm Atin je makan. Man minum je. Tak kisah la asalkan dapat jumpa. Tu la asyik tanya, "Bila lah boleh jumpa atin.." Bila dah jumpa, sikit je cakap nye. Dah sudah makan tu, pegi bilik printing, ingat kan boleh la borak-borak kali terakhir dengan Mai, Mas.tengok-tengok dorang da balik bilik. emm takde rezeki nak salam-salam. :( Man temankan atin sampai pintu pagar.
(TQ sangat2 ye en HazMan :) ) Depan pintu pagar jumpa lagi junior2 dan kawan2.Wah ari tu rasa macam artis gitu. haha. Pantang jumpa, mesti tegur. Alhamdulillah sempat la jumpa dengan kawan-kwan walaupon tak semua. Atin da cuba yang terbaik untuk jumpa dengan semua yang atin pernah kenal tapi masa tu kejap sangat. Hope sume dapat faham. 

Balik bilik, solat maghrib. Kemas barang. Bersedia untuk pulang. Tengah dok siap-siap tu, Wani, Dibah dengan Jue datang bilik. Nak hantar balik katanya. So sweet. Dah siap, bwak beg kuar, salam-salam. waa tak suke perpisahan. sungguh sedih pedih pilu hatiku *ecehh.. Pastu Niey,Fa dengan Aesyah pon datang nak ucapkan bye bye..terharu gile. Terima kasih sangat-sangat to all my syg. i really appreciate it :) 

Dengan jasa abang sabri lagi sekali, kami naik dan selamat sampai ke stesen bas pukul 8.30pm. Bas kitaorang pukul 9pm



 Bila nampak bas banyak-banyak tu, mulalah nak buat drama melayu. sedih-sedih. aduhhh . Bile dah salam and bye bye dengan Eyka,Najwa and Kiera tu. Atin,Nadiah, and Fifah pon naik la bas. Sebenarnya sebak di hati berputik dari salam2 and bye bye kt kolej lagi  tapi tahan je. Dekat dalam bas, tekeluar juga lah air mata tu. Hope Nadia yang kat tepi tak nampaklah..huhu Alhamdulillah semua kawanku yang comel yang balik malam tu selamat sampai ke rumah. Atin sampai kat umah pukul 4pagi :)

Begitulah berakhirnya perjalanan hidup selama 2 hari di bumi indah Chendering. Berharap akan ada lagi masa untuk kami kembali ke sana. Kenangan sepanjang 2tahun setengah sangat sangat indah. Perkenalan dengan orang-orang baru pelbagai negeri adalah perkenalan yang indah. Terima kasih pada yang sudi jadi kawan atin dan yang pernah kenal dengan atin sepanjang perjalanan hidup atin kat Chendring. Ada rezeki, kita jumpa lagi ye. InsyaAllah. Terima kasih ya Allah atas semua kenangan yang Engkau cipta buatku di bumi Terengganu ini. :)


#Alhamdulillah dapat menghabiskan entri ni setelah 1 mnggu lebih hanya tulis dan save..hehe and now 4.31am and tengah dengar lagu hilang by armada band bersama dengan beberapa titis airmata :')




No comments:

Post a Comment