Monday 19 August 2013

Erti Perkenalan...

Bismillahirahmanirahim..


Sia-sia sebuah perkenalan tanpa mengetahui cara menghargainya.. -NF- 

Perkenalan adalah suatu anugerah.
Anugerah itu melahirkan suatu perasaan suka, sayang dan cinta.
Semua itu akan terjadi apabila kita menghargai setiap detik-detik itu.
Menghargai penuh kefahaman itu adalah suatu yang tersirat yang akan menjadikan hubungan bahagia dalam hidup. 
Itu maknanya anugerah sebuah perhubungan tak ternilai.... -SN-

#Awak, sebenarnya saya langsung tak maksudkan apa-apa dalam ucapan saya tempoh hari. Dan sebenarnya status tu bukan untuk awak. Cukup sekadar awak tau, saya menghargai awak dari saat pertama perkenalan kita.  Saya akan ingat sampai bila-bila ucapan awak ni.  Permulaan perkenalan kita sangat rumit dan saya pon tak mampu nak ungkapkan apa-apa. Saya masih takut untuk memulakan satu perhubungan yang serius. Mungkin saya masih mentah untuk mengenali dan memahami erti suka, sayang dan cinta yang telah awak berikan. Maafkan saya. Jika Allah telah takdirkan jodoh kita untuk bersama, InsyaAllah dengan sendirinya hati saya milik awak.

Saturday 13 July 2013

Kenapa dan Mungkin....

Allah  Mungkin dalam hidup kita ni terlalu banyak ujian yang Allah bagi...
Sebenarnya orang yang dikeliling kita ni hanyalah watak sampingan dan kita sebagai watak utama harus memainkan peranan yang penting dan tegas serta serius dalam menjalani hidup yang Allah bagi. Di setiap ujian yang Allah bagi, ada hikmah. Tak perlu kita untuk merungut apa yang dah terjadi. Kalau nak dibandingkan ujian kita dengan ujian yang telah diberikan pada nabi lagi berat ujian para nabi dan Rasulullah berbanding dengan ujian yang kecil yang diberikan Allah pada kita..

#Cuba memperbaiki diri yang lemah dan sering membuat kesilapan..

Tuesday 9 July 2013

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan..


Assalamualaikum..
Dah lama atin tak update blog kan. nak wat cane busy busy busy mengalahkan perdana menteri la katakan..hehe Alhamdulillah dah abis sem 3, sekarang tengah cuti sem. insyaAllah kalo ada kesempatan pada cuti yang lama ini akan adelah entry-entry baru ye..

Alhamdulillah juge hari ni adalah hari 1st puasa dalam bulan Ramadhan Al Mubarak..Ahlan wasahlan ya Ramadhan.  Pagi tadi kekonon nak sahur biskut ngan oat je. Sekali tengok lauk umi masak perghh haha trus tak jadi. So musnahlah dietku yang tak makan sebulan lepas. Hari ni ceq bangun awai tolong umi masak. ehh jarang tau nak bngun awal tolong umi msak. Selalunya bangun masa nak sahur tu, tolong cedokkan nasi je sebab bngun lewatkan..hehe Sahur hari ni makan masak lemak udang, sambal sotong, ayam dan ikan goreng. ha jadi la tu kan untuk sahur ja.. Berbuka ni nak makan ape ntah. Takde makanan yang bermain di minda lagi ni ha..huhu Untuk semua umat Islam, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK dan selamat berpuasa ye. puasa bagi penuh, baru rasa kenikmatan dan keberkatan di bulan mulia ni ye. 


Monday 11 March 2013

New Life as Bachelor Student

•αѕѕαℓαмυ'αℓαιкυм

Alhamdulillah..Officilally im became student of Bachelor of Textile Design (Hons).. kat kampus mane?? kat UiTM Shah Alam lah sebab kat sini je ade. Dah bekurun tak update kan.. Minggu kedua dok kat Shah Alam ni baru ade mood nak update..Dasyat betul kan..hehe Sumpah best dok sini tapi banyak betol benda yang nak komen. hehe  Suasana kat sini lain sangat. Nak pegi klas pon kene jalan jauh. Nak kuar jauh sikit kene naik bas. Da la kene bayar seringgit..huhu Tapi pape pon tetap bersyukur. 

Sem ni masuk trus sem 3. Hebatkan? haha Bukan ape, masuk sem 3 terus sebab atin da ade basic textile means ade diploma in textile. Sem ni atin amik 10 subjek. Banyak gile tapi ok la da banyak pengecualian kredit. 

So bermula lah kehidupan atin sebagai pelajar SEMULA. Not bad la. Cuba menjadi tebaik dan menyesuaikan diri di tempat baru. 



Pastu tadi kan, Tiqah datang..Nak buat surprise katenye..So sweet.! Comel sangat tiqah.. Dapat la lepaskan rindu walaupon kejap dan dia dah janji nanti dia datang lagi. Thanks juge untuk kek tadi. Cantik dan sedap. Gemuk la atin kalo asyik makan je..ngee


# Hidup ni kena memberi dan menerima kasih sayang. Bru hidup dengan bhagia :)





Wednesday 20 February 2013

Kembali ke bumi Chendering, Terengganu (part 2)

Assalamualaikumm. 
Ha lamanya lah nak dpat sambung story morey pasal g ganu 2mnggu lps..
OMG dah 2mggu lebih dah tingglkan bumi itu? *baru sedar..ngee
Ok-ok kita sambung ye..

(Ahad, 3 Feb 2013)
Ok bukak je mata nampak Kamsiah. waaehh kecohnye lah dia.. tapi sume tak bangun dan boleh pulak sambung tido kan. Pkol 6.30 lepas solat subuh tu, sembang-sembang,borak-borak..waa best gile.!
Dah tu iron baju. Dan bersiap-siaplah nak pegi buat clearence.

About 9.30am camtu, kami pon bertolak la ke kampus (bajet jauh je kann..hik2). Singgah Pejabat Kolej, settlekan pasal penempatan sementara tu pastu ke HEA. Mak aihh ramai la pulak kat HEA tu ha. Masing-masing busy nak ambil mini transkrip. Tak termasuk lagi senior yang datang nak buat clearence macam kitaorang ni kan. Sekali datang 9-10 orang mane tak penuh depan HEA tu kan.


Dah dapat borang tu, isi borang tu..Cenggini je borang nye..

#Ha amik kau diedit sampai nampak klasik gitu borangnye..


Then bermulalah berjalan untuk melengkapkan 4 tempat kosong untuk dicopkan.


Dah penat berjalan ulang alik, around 11.30am complete la borang yang ditandatangani dan dicop oleh  encik-encik UiTM Chendering yang terpilih..yeay.! Bila dok belek-belek kertas tu, baru perasan. Hanya kerana sekeping kertas ni, kami ni diberi peluang lagi sekali balik ke Uitm dan dapat jumpa dengan lecturer dan kawan-kawan yang lain. :) Mana taknye, sepanjang masa nak melengkapkan borang tu, ramai gila jumpa. Jumpa dengan junior-junior, kawan-kawan,lecturer. Happy sangat dapat jumpa. Walaupon sekejap, atleast dapat la jugak beborak kan. 

Dah settle tu, pegi la makan. Dorang je makan. Atin tak. Bukan taknak makan dengan dorang,tapi atin kan memang dah biasa tak makan tengahari awal. Selalunya pukul 2-3 baru la makan tengahari. Eh tengahari ke? hehe kire tengahari la ea.. 

Disebabkan atin tak makan, atin temankan Rizal borak-borak kat kafe. Dia pon datang nak buat clearence. Dia tau atin datang,sebab tu dia mesej and ajak jumpe. Sebenarnya, dia sepatutya buat dengan Syafiq tapi Syafiq lambat sampai sebab dari Dungun nak datang Chendering bukannye dekat. 2jam juga amik masa. So sementara tunggu Syafiq tu, atin pon teman la dia. Okay disebabkan atin sorang je yang teman dia, semua orang yang lalu kat kafe tu salah faham. Dah la dok situ beborak je tak makan, padahal dok dekat kafe ni, air segelas pon takde. Mula-mula ingat kejap je nak temankan dia tapi terlama la pulak. So banyak la jugak bercerita dengan dia. Dia la yang banyak bercerita. Atin dengar je. Pukul 12.30 macam tu, Syafiq datang. Sembang kejap dengan Syafiq, pastu atin minta diri nak jumpe dengan lecturer and kawan-kwan lain. 

Setelah ditinggalkan oleh member2 clearnce tadi, berjumpa la balik kat bilik tenun. Ditinggalnye kita,kot lah nak mesej cakap kitaorang g mane-mane.Takde.! ngee

#Posing skit kat bilik tenun..


Best sangat dapat masuk bilik tenun lagi sekali. Dulu, masuk tak ada rasa apa-apa pon..hehe Tunggu Puan Nani kat situ. Tak sempat nak amik gambar dengan Puan Nani sebab bateri kamera dah low. Mengada sangat.! 

Dah jumpa dengan Puan Nani tu, kami jumpa dengan Sir Faizul. Sebenarnya ramai lecturer yang takde klas ari ahad tu, tu yang dapat jumpa dengan 3orang je lecturer yang pernah mengajar. Yang lain mesej on fon and fb je lah. Berborak dengan Puan Nani, Sir Faizul, banyak jugak cite yang kuar and dorang tak lupa bagi nasihat,pesanan supaya buat yang terbaik pada masa hadapan. Ya Allah, terharu sangat. Dah abis tu, kitaorang pon balik bilik, rehat-rehat..

Dalam pukul 4 tu, atin kuar pegi kampus balik, jumpa dengan my lovely BFF, Farziani.! Sumpah happy gile jumpe dia. Niey dengan Fa. Aesyah tak dapat join sebab tak sihat. Jumpa kat kafe tapi dapat borak kejap je sebab dia ada kelas pukul 4.30. Rindu sangat nak sembang lama-lama. Tak puas rasa. tapi alhamdulillah sebab sempat jumpa dan borak walaupon sekejap. Pastu balik bilik balik. Rehat dan kemas-kemas barang. 

Ha pastu perut mula la mengada-ngada cari makanan. Tu la tak makan breakfast and tengahari, minum je, mane la tak lapar kan. Dah la penat berjalan. Lagipon dah janji dengan my junior, Hazman nak jumpa,so alang-alang jumpa tu, boleh le makan sekali. Dalam pejalanan nak jumpa dengan Man, jumpa Dibah. Borak la pulak kat depan pintu pagar kerawang tu ha. Then,ramai pulak yang jumpa dan berhenti sembang depan tu. Pastu Man mesej, dia tunggu kat bilik Printing. Masuk je bilik tu, nampak junior-junior lain tengah buat keje,. sembang pulak.. Pastu Mas dengan Mai datang. Yeay.! hehe Mas amik gambar atin dengan Mas and Man tapi belom selamat sampai lagi kat atin. Ingat nak masukkan kat blog tapi takpe la,nanti-nanti lah.

Pastu, kak Didiey call. Alhamdulillah sempat jumpa kak didiey dengan siti. Sekejap sangat jumpe tu, tak puas nak tenung kak Didiey n Siti. Dorang baru abis kelas, nampak penat sangat. Kesian dorang. Dorang ajak pegi pasar malam kat Permin tapi tak sempat la nak pegi, dah malam tu nak bertolak balik kan. Abis lepaskan rindu tu, atin pegi kafe makan dengan Man. Emm Atin je makan. Man minum je. Tak kisah la asalkan dapat jumpa. Tu la asyik tanya, "Bila lah boleh jumpa atin.." Bila dah jumpa, sikit je cakap nye. Dah sudah makan tu, pegi bilik printing, ingat kan boleh la borak-borak kali terakhir dengan Mai, Mas.tengok-tengok dorang da balik bilik. emm takde rezeki nak salam-salam. :( Man temankan atin sampai pintu pagar.
(TQ sangat2 ye en HazMan :) ) Depan pintu pagar jumpa lagi junior2 dan kawan2.Wah ari tu rasa macam artis gitu. haha. Pantang jumpa, mesti tegur. Alhamdulillah sempat la jumpa dengan kawan-kwan walaupon tak semua. Atin da cuba yang terbaik untuk jumpa dengan semua yang atin pernah kenal tapi masa tu kejap sangat. Hope sume dapat faham. 

Balik bilik, solat maghrib. Kemas barang. Bersedia untuk pulang. Tengah dok siap-siap tu, Wani, Dibah dengan Jue datang bilik. Nak hantar balik katanya. So sweet. Dah siap, bwak beg kuar, salam-salam. waa tak suke perpisahan. sungguh sedih pedih pilu hatiku *ecehh.. Pastu Niey,Fa dengan Aesyah pon datang nak ucapkan bye bye..terharu gile. Terima kasih sangat-sangat to all my syg. i really appreciate it :) 

Dengan jasa abang sabri lagi sekali, kami naik dan selamat sampai ke stesen bas pukul 8.30pm. Bas kitaorang pukul 9pm



 Bila nampak bas banyak-banyak tu, mulalah nak buat drama melayu. sedih-sedih. aduhhh . Bile dah salam and bye bye dengan Eyka,Najwa and Kiera tu. Atin,Nadiah, and Fifah pon naik la bas. Sebenarnya sebak di hati berputik dari salam2 and bye bye kt kolej lagi  tapi tahan je. Dekat dalam bas, tekeluar juga lah air mata tu. Hope Nadia yang kat tepi tak nampaklah..huhu Alhamdulillah semua kawanku yang comel yang balik malam tu selamat sampai ke rumah. Atin sampai kat umah pukul 4pagi :)

Begitulah berakhirnya perjalanan hidup selama 2 hari di bumi indah Chendering. Berharap akan ada lagi masa untuk kami kembali ke sana. Kenangan sepanjang 2tahun setengah sangat sangat indah. Perkenalan dengan orang-orang baru pelbagai negeri adalah perkenalan yang indah. Terima kasih pada yang sudi jadi kawan atin dan yang pernah kenal dengan atin sepanjang perjalanan hidup atin kat Chendring. Ada rezeki, kita jumpa lagi ye. InsyaAllah. Terima kasih ya Allah atas semua kenangan yang Engkau cipta buatku di bumi Terengganu ini. :)


#Alhamdulillah dapat menghabiskan entri ni setelah 1 mnggu lebih hanya tulis dan save..hehe and now 4.31am and tengah dengar lagu hilang by armada band bersama dengan beberapa titis airmata :')




Saturday 9 February 2013

Kembali ke bumi Chendering,Terengganu (part 1)

Assalamualaikumm..Hola hola.!

Hari ni dah kira cukup seminggu atin tinggalkan lawatan atin ke bumi Terengganu minggu lepas. Lahai rindu sangat ase padahal baru je kan. Setiap perkara yang berlaku pada minggu lepas masih segar lagi dalam ingatan ni. Tujuan utama yang pegi tu sebab nak buat clearence untuk diploma ni. Tak sangka dah abis dah sisa-sisa hidup di bumi Chendering. 

(Jumaat, 1 Feb 2013)
Atin, Nadiah ngan Fifah bertolak dari Kuala Ketil pkul 10.30 malam camtu la. Naik bas bukanye boleh tido pon kan. Main-main pejam je mata tu.  

(Sabtu, 2 Fen 2013)
Alhamdulillah sampai KT lebih kurang pkol 5 pagi. Allah je yang tau betapa happynye dapat jejak kaki kat stesen bas KT. Dah tu tunggu kejap, Kirah ngan Ain sampai. Dalam pukul 6 lebih tu kitaorang selamat sampai ke kolej dengan prebet tercinta abang sabri..hehe Then, kitaorang rehat-rehat la sementara yang lain sampai. Dalam pukul 9 lebih tu, Syasha sampai, pastu Kinah then Eyka n Najwa(cozin si Eyka). Hah bila dah boleh berkumpul tu banyak la gosip yang kuarnye. Happy gile dapat jumpe dorang. Terubat la rindu 5 bulan lebih tak jumpe tu kan..

Dah tu bermulalah kenangan bersama diorang. Petang tu, kitaorang kuar la jalan-jalan menikmati bumi Terengganu. Atin ngan Nadiah drive. 1st tempat yang kami pegi stesen bas, beli tiket balik lah. Takkan nak dok ganu sampai raya cina pulak kan. hehe Ok dah selesai hal tiket-tiket ni, kami pegi tempat wajib iaitu Pasar Payang. Kat situ kitaorang pegi melawat batik-batik, borong kerepok keping n other souvenir untuk family lah. Dah penat bejalan kat pasar payang, kami pegi kedai keropok lekor abang Yue kat losong. Kedai dia betul-betul depan muzium tganu. tapi kami tak pegi la muzium sebab dah lewat dah time tu. 

Ha sempat take a picture lagi hah.! hehe

Hah dah sudah isi perut dengan kepok lekorrr, kami terbang ke Pantai Batu Buruk. Wahh rindu bau lautt.! Suke suke suke dapat main-main air laut. Cantik sangat suasana hari tu. Terima kasih Allah sebab sediakan hari yang indah dan tak ujan hari tu :) Ha macam biasa lah dah ade kat tempat cantik, snap gambar banyak-banyak..hehe










Enjoy habislah kan. Muke sume ceria je. Dah penat posing-pozing, kitaorang g tempat favourite budak-budak UiTM Chendering. Ce teke,ce teke kat mane.?? Mydin n Giant.!! haha saje je pegi lepaskan rindu kat tmpat favourite. Bile rindu dah lepas, balik lah sebab penat kan. 

Dah sampai depan kolej tu, Eyka ajak melawat bilik printing. Ha memang tak tolak la kan. Pegi tu jumpa la ex-romate yang comel, Mas ngan Mai and junior-junior lain.. Wah dapat hug and kiss lepas rindu. Seriusly, dok umah ni, Mas je yang rajin col. So rindu nak jumpe n story morey tu wajiblah ade kan. Tapi mase tu kebetulan miss Yana yang cute pon ade so tak nak lah ganggu dorang buat keje kan. 

Balik bilik tu, lepas mandi, solat and rehat jap. Masa untuk buat surprise..!! hehe Atin pegi bilik Sya and Jue, pastu bilik Wani. Sumpah rasa macam nak nangis jumpe dorang. Rindu sangat-sangat.! tapi air mata mahal la pulak malam tu ngade tak nak kuarkan..huhu Banyak la jugak story yang kuar. Lama jugak dok bilik Wani,Dibah dalam 2 jam camtu. Pstu pegi bilik Mas ngan Mai pulak, Wani ngan Dibah temankan. Masa pegi tu Mai baru on the way tido, dok atas katil dah ha. Mas pulak dah tido. Ingat tak nak ganggu tapi wani kejutkan. Ha bile dah bangun, sembang punye sembang, sampai pkul 2 lebih baru balik bilik tido..Seriusly tak cukup 2jam tu nak sembang tapi nak buat macam mana. Dah pegi sekejap je, dapat sembang pon kejap je lah.  Tak sempat nak snap pic ngan dorang sebab masa tu dah malam so sume pon pakai baju tido yang comel je. Ingat sempat nak snap pic keesokkan harinya tapi tak sempat :( . 

Balik bilik tu tak penat langsung. Ase macam tak nak tido je tapi kaki dah lenguh kalau nak bejalan and melawat orang. Lagipon dah pukul 2/3 pagi. Sape la nak bangun sembang time-time camtu kan. Tidolah jugak . Simpan tenaga untuk hari esok yang sudah tau amat memenatkan tapi menggumbirakan :)

Tuesday 5 February 2013

Alhamdulillah..

Assalamualaikum..

Sayang sume sihat? hehe Da lame tkde idea nak update. Igtkan sempat la nak update before pegi tganu ari tu tapi tak sempat. Tkpelah ari ni dengan rajin nye atin nk update ye. 

Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t sebab kasi lagi peluang untuk atin sambung study. Memang ni pon yang atin dok tunggu-tunggu sepanjangan cuti ni. Nasib baik dapat, kalo tak memang lepas ni atin kene apply minta keje la kan. Bersyukur sangat-sangat. Terima kasih ya Allah.. :) 

Masa tunggu result ari tu memang cuak gile la. Mula-mula budak-budak U cakap kuar 30hb Januari, pastu tukar pulak.. 31hb baru kuar. cakap pkul 5ptg. Dengan penuh excited ni bukak ni, dah tu tukar pulak, 10 malam baru leh tengok. Takpe la sabar lagi.. Then, balik daripada amik Filzah tuisyen, atin pon nak bukak la..line pulak memain.. lambat macam subjek matter atin. Alahai sakitnye hati dah la dalam hati debar gile dah. Pastu takpe la, atin kasi ayah gune lappy. Lepas daripada buat treatment mencomelkan muke,solat hajat, atin pon buke la tengok result.. Rase nak melompat je bile dapat. Alhamdulillah..tido dengan senyuman yang paling manis bak madu lah kann.. Terima kasih sangat-sangat. taktau nak cakap ape selain dari alhamdulillah..



Lepas jadi orang teganu, jadi orang shah alam pulak la ye..hehe insyaAllah atin belajar elok-elok untuk degree ni ye umi,ayah :D 


Wednesday 23 January 2013

Salam Maulidur Rasul..

Assalamualaikum..  :)

للَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍl

Pagi yang indah dengan angin yang sepoi-sepi bahasa menambahkan rasa syukur pada yang Esa. Hari ni adalah hari yang bermakna bagi setiap umat Islam di dunia. 12 Rabiul Awal ialah  hari keputeraan Rasullullah, Nabi Muhammad s.a.w. . Jadi sama-samalah kita sebagai umat Muhammad berselawat ke atas nabi junjungan kita. Moga-moga kita mendapat syafaat dari Baginda kelak..aaminn.. :)


" Ya Nabi salaam'alaika..Yaa Rasul salaam'alaika..Yaa Habiib salam'alaika..Solawattullah alaika.."



Saturday 12 January 2013

Familia Teddy..

Assalamualaikum..~
Annyeong..~
Sawadikap..~
Yeah.! apa khabar sume? Hope sihat-sihat la ye.. Atin pon baru je ok dari demam yang agak panjang tempohnye tu. Korang tau tak, atin dapat hadiah dari Razin (adik bongsu). Eh eh terexcited pulak. haha Bukan  hadiah ape pon. Ini je :: -->

Mungkin bagi korang this biskut comel tak de ape-ape. Tapi bagi atin biskut ni la yang paling sedap and bnyak sangat kenangan dengan biskut ni tau. Ce tngok, comel kan, macam aten . Sebab biskut yg comel ni jugak la demam atin kebah ari tu. hehe

 Dulu before dapat Razin, atin selalu cakap yang teddy cute sbelah kiri ni Aan, yang tengah tu Aten and yang sbelah kanan tu Fizah.

Comel kan ? 


yum yumm..cedapnyeeee~

Emm and i baru tau yang ade sorang lagi suke family teddy ni tau. Btw lepas dia antar mesej nak postkan biskut ni, esok tu razin belikan. Sweet je kan :) Atin rasa nanti hantaran kene letak biskut ni la.. take note my future hubby.! hahaha 






Sunday 6 January 2013

Serba Kebosanan..

Assalamualaikum sume..

Wahh nak bagitau. Sekarang atin tengah feeling-feeling arah ke twitter pulak tau. Ye la dulu pon aktif tapi tak la seaktif sekarang. Bestttt. Lagi-lagi kalo ade orang layan sembang kan. Fb pon best tapi dah kureng sebab....................emm tktau.

Dalam hidup yang serba kebosanan ni, fb and twitter la peneman nye. Nak lukis takde mood. Kenapa pon taktau. Waktu on9 yang tetap adalah pukul 12 ke atas sebab mase tu baru la dapat on9 ngan lappy. Baru nikmat bile dapat gune lappy. 
Macam mana nak atasi kebosanan yang melampau ni.? Kalau pagi-pagi ade la jugak keje nak dibuat. Sapu sampah, mop, kemas rumah , basuh kain, jemur kain. Then bile tengah hari tu boleh la main masak-masak. Bile smpai petang je. ha sudah masalah bosan tu melanda. Takkan la lepas dari lunch nak tengok tv sampai malam-malam buta? memang tak la kan. cerita ape la yang best pon tak tau kat tv tu. tapi pukul 7 tu ade la menariknye. Boleh tengok drama SETIA HUJUNG NYAWA.



Atin tak tau sangat cerita ni, tengah rewind la camner cite dia. tengok-tengok : -->






Ya Allah, sumpah romantikksss habis. DOUBLE SWEET.!!

Korang tau tak, nanti kalau satu masa atin da couple or kawin, atin nak je pkai baju same kaler ngan hubby i..AaAaAa so sweet. :)

Korang pon kalau ade masa tengok la. Tapi yang tak bestnye cerita tu time maghrib tu yang spoil tu. Kenape la tak buat malam ke, ni nak jugak siarkan time maghrib. haih. 

Di kala kebosanan yang tak dapat dibendung lagi, atin pon bukak la cerita-cerita favourite atin tu. Cerita hindustan di tangga pertama la kan. Tiap-tiap hari buke cite hindustan sampai muak dah. Kalo lagu-lagu tu boleh la tahan sikit. Atas nasihat mamat yang comel, atin tukar ke arah lain pulak. So sekarang ni, atin akan tengok cite hindustan  gilir-gilir dengan cerita korea, runningman and cite melayu + orang putiss.

Mase syok-syok tengah bertweet-tweet kan, atin updatelah pasal lagu hindustan, then ade la mamat ni cakap, "hndustan lg awk ni..tak muak ke?"..
Ha amik kau. Sedap je dia kasi. hehe Atin tak marah sebab minat kita lain-lain.
And ade sorang mamat comel ni, lagi best dia kasi "sy org mlyu..so,sy suka ngn bhasa melayu kita...dah2..dgr lgu mlyu plk." 

So lepas daripada tu, tiap-tiap kali on9 mesti atin dengar lagu melayu. By the way thanks to him sebab buat atin dengar lagu melayu balik. Kalau tak, sepanjang on9 mesti lagu korea and hindustan je. Atin bukan nak buang minat tu cuma kurangkan sikit sifat finatik. Ok la nak tido dah. Berapa hari dah tido pukul 3, ralit ber twitter. Korang pon kalo ber minat nak follow i boleh la ye. 

#ni link ye https://twitter.com/Nik_AtenZul :)