Friday 31 January 2014

Mungkin Luahan Hati...

Hati sering terdetik bila ada yang mendampingi. Teman tapi mesra. Ayat itu sudah sebati denganku. Bagi diriku yang biasa mungkin dia hanya kawan. tapi jauh di sudut hati terdapat yang berjaya mencuri hati ini. Diri ini bertegas untuk menerima hakikat yang dia hanya kawan tapi hati ini berkata lain. Apa yang harus aku lakukan.? Perlu ke aku lemah dan menerima dia. tapi makin lama hubungan kami semakin tak ok. tak seperti dulu yang sering berhubung dan rapat.

Mungkin salah aku yang sering ingin mengambil tahu tentang dia sehingga perasaanku terhadap dia berubah. Salah aku juga kerana terlalu mengikut kata hati. Dan mungkin juga kata hati ni yang mengatakan dia telah berpaling arah. Dia anggap aku hanya teman rapat tapi salah aku yang terlalu mengiya-iyakan hubungan yang entah ke mana. Hatiku sering mengangis dalam diam. takkan ada sesiapa yang tahu apa yang aku rasa. Aku cuba untuk tak masuk dalam jerat percintaan tapi aku lemah. aku kalah dengan perasaanku sendiri. Terlalu memikirkan seseorang yang belum halal bagiku.

Satu hari tu, bila terdetik dalam hati nak buka fb dia. tengok picture dia dan.................
terjumpa gambar yang ditag oleh seorang perempuan. aku tahu itu ex-girlfriend dia. tapi sekarang masih ex? atau telah kembali bersama.? Cantik gabungan yang Allah ciptakan. Sama-sama padan. Tapi setiap kali aku tengok gambar-gambar tu, airmataku menitis dan aku tak faham kenapa perlu bagi airmata ku menitis tgk gambar mereka . aku cuba tenangkan hati ni. tapi.......emm entahlah..aku cuba menerima kenyataan tu dan memanipulasikan apa yang aku lihat. pastu dengar pula lagu yang memang menyedihkan lagi hati dan perasaan spt januari-glen, telah ku berikan-republik, dan-sheila on7.. Aku pon tak faham. kenapa la aku terlalu mengharapkan apa yang tak perlu. alahai hati kenapa la kau terlalu lemah..? Dia tak tau yang aku ambil tau tentang dia. dia g indon, no fon yang sllu dia cntact aku (whatsApp) last seen pkol 2.14 26/1/2014 tapi no fon yg lagi satu tiap2 ari dia tengok. so mungkin dia ada yang lain. memang niat dia tak nak contact ngan aku kot kan. Balik dr indon semalam pon tak berkomunikasi seperti biasa. emmmm :''(

 Aku hanya tempat dia meluahkan perasaan. Aku perlu tegas kembali dengan diriku supaya tak memberikan harapan pada orang lain dan cuba ajar diri untuk tak lemah dalam mainan hati.Banyak kali sangat aku kalah dalam permainan ni. Pandai hati ni. bila sampai satu saat dia kalah, dia menangis..Dan itu hatiku. hubungan yang aku harapkan untuk pergi jauh takkan terjadi mungkin. seing berdoa pada Allah supaya cepat temukan aku dengan jodohku. Aku tak mau lagi hati ni bermain lagi. Sebab aku tau, bila dia bermain dengan mainan yg berkaitan perasaan, dia akan kalah. Ya Allah mungkin aku cuba untuk menjadi kuat tapi aku tak mampu tanpaMu. Hanya Engkau yg tau apa yang aku rasa, hanya engkau yang mengerti dan tau aku kuat atau tak dalam menjalani hari-hariku.

'Ya Allah jika hadirnya hanya akan buatkan diriku semakin lemah dan sering menangis, jauhkanlah dirinya dari diriku walaupon aku yang terluka.' Dan sejak semnggu ni, memang itu yang terjadi..kami semakin renggang. Mungkin tertulis dia hanya sampingan dalam hidupku. Susah rupanya nak sembuhkan dan pujuk hati yang terluka. sebab aku taktahu apa perasaan dia pada aku. mungkin dia pon hanya anggapku kawan. hanya aku yang perasaan yang dia serius denganku. aku tau luahan perasaan dalam blog ni  takkan mengubah apa2 tapi at least dapat kurangkan sebab aku tak tau nak mngadu kat sesiapa melainkan Allah..Allah tau segalanya. Aku kena kuatkan hati..be strong nik fathin be strong..!!!