Saturday 13 July 2013

Kenapa dan Mungkin....

Allah  Mungkin dalam hidup kita ni terlalu banyak ujian yang Allah bagi...
Sebenarnya orang yang dikeliling kita ni hanyalah watak sampingan dan kita sebagai watak utama harus memainkan peranan yang penting dan tegas serta serius dalam menjalani hidup yang Allah bagi. Di setiap ujian yang Allah bagi, ada hikmah. Tak perlu kita untuk merungut apa yang dah terjadi. Kalau nak dibandingkan ujian kita dengan ujian yang telah diberikan pada nabi lagi berat ujian para nabi dan Rasulullah berbanding dengan ujian yang kecil yang diberikan Allah pada kita..

#Cuba memperbaiki diri yang lemah dan sering membuat kesilapan..

Tuesday 9 July 2013

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan..


Assalamualaikum..
Dah lama atin tak update blog kan. nak wat cane busy busy busy mengalahkan perdana menteri la katakan..hehe Alhamdulillah dah abis sem 3, sekarang tengah cuti sem. insyaAllah kalo ada kesempatan pada cuti yang lama ini akan adelah entry-entry baru ye..

Alhamdulillah juge hari ni adalah hari 1st puasa dalam bulan Ramadhan Al Mubarak..Ahlan wasahlan ya Ramadhan.  Pagi tadi kekonon nak sahur biskut ngan oat je. Sekali tengok lauk umi masak perghh haha trus tak jadi. So musnahlah dietku yang tak makan sebulan lepas. Hari ni ceq bangun awai tolong umi masak. ehh jarang tau nak bngun awal tolong umi msak. Selalunya bangun masa nak sahur tu, tolong cedokkan nasi je sebab bngun lewatkan..hehe Sahur hari ni makan masak lemak udang, sambal sotong, ayam dan ikan goreng. ha jadi la tu kan untuk sahur ja.. Berbuka ni nak makan ape ntah. Takde makanan yang bermain di minda lagi ni ha..huhu Untuk semua umat Islam, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK dan selamat berpuasa ye. puasa bagi penuh, baru rasa kenikmatan dan keberkatan di bulan mulia ni ye.