Monday 16 May 2011

ANTARA KAU DAN DIA - PART 1

Aku Arisa dan ini kisah aku…

Tengku Hariz Iskandar, bagaimana harusku perkatakan tentang lelaki ini?. Dia seorang yang  penyayang,hormat orang yang ada dikelilingnya dan baik hati budinya .Sepanjang persahabatan kami, tidak sekalipun dia mengambil kesempatan atas diriku, malah mempertahankan aku walaupun kadang-kadang aku yang bersalah. Aku mula terfikir adakah dia yang diutusan Allah untukku tapi dia terlalu sempurna buatku.

Is : Abang  tak paksa Arisa untuk terima abang. Abang dah cakap dengan mama papa yang Arisa nak sambung study dulu,baru Arisa nak fikir pasal benda lain tapi diorang still ngan keputusan diorang. I already try my best but im sorry…

Arisa : Tak ape la bang. Arisa pun dah  fikir pasal benda ni. Kalau kita bantah pun,family kita tak nak dengar so I think kita teruskan je plan parents kita tu. Arisa tak kisah asal abang dapat terima Arisa.

Keluarga kami telah lama menjalinkan talian persahabatan . Papa Is  adalah teman baik papaku sejak dari sekolah rendah lagi dan Is adalah teman sepermainan abang long aku,Asyraf. Jadi, mereka sudah lama merancang untuk jodohkan aku dengan Is.
Sebelum ditunangkan dengan Is, aku membuat perjanjian bahawa, aku akan bertunang dengan syarat aku harus dibenarkan untuk sambung belajar sehingga mendapat segulung ijazah,baru aku akan bersetuju untuk berkahwin. Pada mulanya,keluarga aku membantah tetapi setelah berbincang dengan keluarga Is,mereka akhirnya akur dengan permintaanku .
Pertunangan kami berlangsung masa aku cuti sem (part 3 diploma). Walaupun terlalu muda untuk itu tetapi aku harus menerima kenyataan bahawa aku adalah tunangan orang. Sebenarnya aku kesian dengan Is, kalau ikutkan hati aku suruh je Is kahwin dengan orang lain..

Arisa : Abang,betol ke tak menyesal  pilih Arisa? Arisa kesiankan abang. Tak pasal-pasal abang kena tunggu bertahun-tahun baru boleh kahwin. Arisa tak kisah kalau abang ada pilihan hati abang. Arisa faham. Kita boleh bincang balik dengan parents kita.

Is : Arisa, pilihan hati abang  adalah Arisa. It’s okay la. Kalau Allah dah tuliskan takdir kita macam tu, kita kena terima. Abang percaya kat Arisa dan abang yakin dengan keputusan abang. Arisa tak payah risau okay.
………………………………………………………………………………………………………........
Hari ini mama,papa dan Is menghantar aku pulang ke U setelah 2 bulan bercuti.

Mama : Arisa, mama nak pesan lagi sekali, jaga perangai tu, jangan nak buat sesuka hati macam orang bujang. Ingat, risa  dah jadi tunang orang. Ma tak nak risa still bt perangai gila-gila tu. Tukar attitude tu skit tau. Mama buat suma ni untuk kebaikan risa. Ma selalu fikirkan yang terbaik untuk Arisa. Ingat tu..

Arisa : InsyaAllah ma,risa akan ingat pesan mama tu..Kalau ada apa-apa nanti risa call mama ye.

Kemudian bersalaman dan berpelukan. Is hanya memandang perbuatan aku dan mama. Daripada rumah hingga ke U mata dia tidak lekang melihat aku. Dia hanya melihat tanpa pesan apa-apa padaku sehingga kereta hilang dari pandanganku. Sedang aku mengemas barang-barang,tiba-tiba kedegaran lagu Back At One menandakan mesej masuk.

Syg, sory if I  did not say anything just now. But ade smthing yg abg nk bgtau risa. Sbnrnya papa hntar abg ke London sebln. esok abg bertolak pegi. Sory abg tak smpai hati nak bgtau risa dpn2 td. Tp abg janji abg akn sntiasa call my beautiful angel ni.. mlm ni abg call..jgn marah aaa….i alwys luv u..
Ur  future husband J IS….
Is memang selalu begitu. Aku sudah faham benar dengan sikapnya. Dia tidak sampai hati memberitahuku tentang ini kerana aku akan menangis di hadapannya. Tapi aku tahu dia lakukan semua ini untuk kebahagianku. Aku harus tabah di sini tanpa dirinya.
……………………………………………………………………………………………………............
Hari ini hari pertama aku memulakan semula kuliah. Aku mulakan hariku dengan penuh ceria dan semuanya berjalan dengan lancar. Tapi ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.
Petang itu, aku dengan teman baikku,Dini, masuk ke café untuk minum petang.

Arisa : kau nak minum apa? Makan? Aku pegi belikan.

Dini : aku nak air Nescafe panas dengan krim puff. Thanks Arisa.

Aku tak tahu bagaimana aku berjalan,tiba-tiba aku terpijak kaki seorang pemuda di situ. Dia tidak berkata apa-apa tapi reaksi mukanya menunjukkan dia menahan rasa sakit ambil memegang kakinya. Mana tidaknya, kuasa high heels 4 inci memang berbisa.Aku meminta maaf pada lelaki tersebut.

Arisa : Im sorry. Seriusly saya tak sengaja. Betul ke awak tak apa-apa ni?

Akif : yes,its ok just a small matter.. Sikit je ni, nanti ok la tu.. By the way, Im Shakir Arif,just call me Akif.

Arisa : owh, im Puteri Marisa Dania, call me Arisa. Ok la tak de apa-apa saya balik dulu ye. Assalamualaikum.

Akif : Walaikumsalam.


Kami sempat berkenalan tapi hanya tau nama je. Tak boleh nak berkenalan lebih-lebih, aku bukan bujang lagi sekarang. Paras rupa boleh tahan kacaknya.  Muka kacukan,ala-ala brat pitt + korean + arabic sikit. Sampai saja di meja, Dini terus bertanya tentang Akif. Siapa tidak kenal dengan Dini Mawaddah, dia boleh dikatakan penyiasat no 1 dan pemaklumat terbaik di kampus.
       Selepas kejadian tersebut, aku sering berjumpa dengan Akif. Boleh dikatakan setiap hari aku berjumpa dengannya dan hanya senyum menjadi tajuk utama bila kami bertemu.
………………………………………………………………………………………………………........
Malam itu, aku dan Dini khusyuk menonton filem hindi, Mohabbatein. Aku dan Dini memang meminati filem-filem hindi. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Aku fikirkan Is yang menelefonku, tapi di skrin menunjukkan nombor yang tidak dikenali. Aku pun menjawab panggilan tersebut.

Arisa : Assalamualaikum. ye, nak cakap ngan sape?

Akif : Walaikumsalam. Hmm ni Arisa ke.? saya Syakir Arif, Akif . Ingat saya tak?

Arisa : a’a ingat. ye ada apa call saya?

Akif : saja je. Nak borak. Arisa busy ke?

Arisa : Hmm busy la juga..len kali je la ye..sorry

Akif : its ok. saya yang patut cakap sorry sebab ganggu awak. Kalau awak busy tak pe la. Lain kali je saya call ea. Assalamualaikum.

Arisa : Waalaikumsalam.

Macam mana dia boleh dapat nombor aku ni?Sapa yang bagi? Hah, ni mesti Dini yang kasi kat dia ni. Ishh si Dini ni, nak kena ni.

Arisa : Dini, cube kau teka siapa yang call aku?

Dini : Ala mesti Is kan.

Arisa : Bukan la. bukan is,orang lain. aku nak tanya  kau, kau ada kasi nombor aku kat sapa-sapa tak?

Dini : hmm kalau aku kata ada, kau marah tak?

Arisa : DINIIII!! Aku dah agak, mesti kau yang kasi nombor aku kat dia kan. Nape kau kasi,dah tu tak minta kebenaran aku pulak tu.!

Dini : Ala sorry la. Aku bukan nak bagi sangat pon. Tapi dia yang bersungguh minta nombor kau. Mula-mula aku tak nak kasi, tapi bila dia merayu banyak kali kesian juga aku tengok. Aku kasi je la. Sorry ea.

Arisa : tak pe la. Tapi kau janji, lepas ni kau jangan buat apa-apa or bagi apa-apa yang dia minta. Aku tak suka la. Aku ni dah jadi tunang orang. Aku tak nak la buat perkara macam aku bujang dulu. Aku harap kau faham.

Dini : ye la. Aku janji..promise..!

Aku dan Dini memang tak merahsiakan apa-apa. Aku dengan dia bagaikan adik beradik.
………………………………………………………………………………………………………........
Walaupun telah banyak kali aku menolak lamaran Akif, dia tetap nekad. Dia membuat pelbagai cara untuk menawan hatiku. Aku bukan tidak mahu memberitahu hal sebenar tapi hal ini terlalu private untuk aku kongsikan dengan orang lain. Tidak siapa tahu aku sedah bertunang melainkan Dini.
Aku mula rimas bila setiap hari ada saja bunga mawar merah, kad, coklat dan hadiah lain yang diberikan padaku. Paling tidak pun, Akif akan menyanyikan lagu-lagu favourite aku. Jauh di sudut hatiku, aku tertarik pada dirinya. Tapi mustahil bagiku untuk menerima dirinya....

*will be continued

No comments:

Post a Comment